Kata-kata

  1. Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yangsetia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorongimpian.Sahabat berhati mulia membawa kitake jalan Allah.
  2. Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membacakerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa keranatertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir keranaberfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal keranaberamal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda keranabersenda itu akan membuatmuda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalahibudari segala ketenangan jiwa.
Sumber 
http://samuderasmktad.blogspot.com
Sejak aku mula memasukkan kata-kata hikmah ke dalam blog ni, entri Koleksi Kata-Kata Hikmah (1) telah menjadi entri yang paling teratas dilawati setiap hari. Kebanyakan pelawat datang daripada enjin carian seperti Google. Jadi, kali ini aku masukkan sambungan kedua koleksi kata-kata hikmah dengan petikan daripada kata-kata tokoh terdahulu. Kata-kata hikmah ini tergolong dalam kata-kata hikmah adab. Layan dan hayati kata-kata hikmah di bawah.
  • Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya – (Hamka)
  • Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya – (Aristotle)
  • Adab dan sopan itu lebih penting daripada makan dan minum – (Aristotle)
  • Mahkota adab dan sopan santun lebih tinggi nilainya daripada mahkota yang bertahtakan ratna dan mutu manikam – (Budiman)
 Sumber
http://beliamuda.com/2009/07/koleksi-kata-kata-hikmah-2/

Imam Ali berkata, “Allah menyayangi orang-orang yang mengetahui kadar dirinya dan tidak melewati batas perjalanannya; menjaga lisannya dan tidak mensia-siakan umurnya”.
Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan
Didiklah anak-anakmu itu berlainan dengan keadaan kamu sekarang kerana mereka telah dijadikan Tuhan untuk zaman yang bukan zaman engkau – Saidina Umar Al-Khattab
Diam adalah suatu hikmah, tetapi sedikit sekali pelakunya.
Ketika kamu lahir, kamu menangis dan orang di sekelilingmu tersenyum.
Jalanilah kehidupanmu sehingga nanti, ketika kamu mati, kamu tersenyum dan orang di sekelilingmu menangis.
Adab dan akhlak adalah ibarat pokok dan kemasyhuran adalah seperti bayang-bayang. Tetapi malangnya, kebiasaan orang lebih melihat bayang-bayang daripada pokoknya.
Kata kata yang sering diucap biarlah selari dengan apa yang dirasakan kerna selalunya apa yang terungkap tidak sama seperti apa yang diungkap
Rasulullah bersabda bermaksud: “Berbahagialah hidup di dunia bagi orang yang mengumpul kebajikan untuk bekalan hari akhiratnya, sehingga dia memperoleh reda Tuhannya. Dan celakalah hidup di dunia bagi orang yang dipengaruhi oleh dunia, hingga dia terhalang daripada (mengerjakan) amalan untuk akhiratnya, dan lalai untuk memperoleh reda Tuhannya.” Hadis riwayat al-Hakim.
Lebih baik menjadi pendengar yang bijak daripada menjadi pemerhati yang kaku dan tidak tahu apa-apa.
Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma.
Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.~ Albert Camus