Buku-buku

Buku Teknik Memotivasikan Anak Cara Positif adalah buku kedua tulisan Dr. Tengku Asmadi telah diterbitkan oleh PTS Millinnea Sdn. Bhd. Harganya cuma RM15.00 sahaja dan pastinya ia ditujukan kepada ibu bapa yang mahu mengetahui rahsia memotivasikan anak-anak mereka agar menjadi anak-anak yang cemerlang.
Antara topik-topik yang dibincangkan ialah Jaga Pemakanan, Pendekatan Emosi, Teknik Memuji Berkesan, Menjaga Kredibiliti, Kenali Anak Anda, Tingkatkan IESQ Anak-anak dan sebagainya.


Buku Motivasi Alihan Pelajar tulisan Dr. Tengku Asmadi telah diterbitkan oleh PTS Millinnea Sdn. Bhd. Harganya cuma RM17.50 sahaja dan pastinya ia boleh dibeli oleh golongan pelajar. Buku ini telah dilancarkan di Pesta Buku Antarabangsa 2007 pada 1 Mei 2007 di PWTC.
Anda boleh dapatkan buku ini di kedai-kedai buku ternama seperti MPH dan Popular, atau anda boleh buat pesanan terus dengan menelefon pejabat MAP Training & Consultancy Sdn. Bhd., 05-3134622 atau 03-22734622.


Lanjutan layari laman web.. 
http://www.laman-map.com/

Buku MUTIARA PELAJAR ini ialah himpunan kata-kata motivasi dari sedutan ayat al-Quran, hadis, kata hukama, bijak pandai, ahli motivasi, pendidik dan sebagainya. Kata-kata ini diulas supaya jelas maksud dan diperinci pengajaran yang boleh dicungkil darinya. Sasaran mutiara ini ialah pelajar dan remaja. Skop persoalan merentasi alam pelajar dan remaja dari mengenal kejadian manusia, cinta Allah dan Rasul, kelazatan beribadah, menghindari diri dari gejala buruk, gambaran syurga dan neraka, motivasi kehidupan, akhlak, sifat mahmudah, hidup bermasyarakat, hakikat cinta, disiplin dan pemakanan hinggalah kepada perancangan dan pengurusan hidup, kepemimpinan, pola berfikir, menangani kegagalan, pengurusan masa dan strategi bertindak
Memberi panduan berharga kepada 3 golongan:
1. Pelajar – Menjadi modul harian. Dapatkan kemahiran dan teknik belajar disamping mengasah peribadi, bakat & rohani.
2. Guru – Menjadi panduan untuk memahami murid anda sama ada dari segi input pelajaran mahupun didikan dan tarbiah.
3. Ibu bapa – Peranan yang dimainkan oleh ibu bapa untuk memenuhi keperluan anak-anak dengan menjadikannya sebagai kawan ke arah kecemerlangan.
Penulis : Prof. Madya Hj. Md. Izuddin Hj. Ali & Zetty Zahureen Mohd Yusoff

Sumber